Tuesday, May 17, 2016

Aku Yang Pakai Kau Yang Panas! – Dikritik Pakai Baju Jarang, Ini Jawapan ‘Berdosa’ dari Neelofa

Gara-gara sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram beberapa hari lalu, selebriti yang baru memenangi Bintang Paling Popular BH 29 baru-baru ini, Neelofa kembali menjadi perhatian netizen.
Seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal hiburan, netizen menegur pemakaian artis kegemaran mereka itu yang didakwa terlalu jarang sehingga menampakkan baju dalam.
Betul ke? Atau sekadar pantulan cahaya je? Ini jawapan Neelofa sendiri.

Jarang ke?

Foto yang diambil ketika berada di Istanbul ini menjadi perdebatan pengikut di Instagram Neelofa. Pelbagai pendapat diberikan, tak kurang juga ada yang cuba menjadi ‘Detective Conan’ dengan mengeluarkan beberapa teori.
Neelofa menerusi post terbarunya akhirnya memberi komen berhubung perkara ini. Bak kata Wak Doyok “Aku yang pakai kau yang panas!”

Nak tirulah macam wak doyok cakap “aku yang pakai kau yang panas/kecoh”

kalau dah pakai 2 lapis inner pun kata jarang jugak, rasanya kak lofa tak mampu nak pakai 10 lapis inner kot.

p/s: cuaca di istanbul ni agak sejuk so memang kena pakai atleast 2 lapis kalau tak kulit kering yea sayangku ?? :

( nasib baik ada shot ni boleh tunjuk kat abang nara )

http://beautifulnara.com/neelofa-dikritik-netizen-pakaian-terlalu-jarang-sehingga-nampak-baju-dalam/

Rasanya sebagai seorang selebriti yang berhijab, Neelofa faham dan sudah pasti pakai pakaian yang paling sesuai dengan penampilannya. Kami tengok okay je, korang ni yang terlebih stalk kot!

Sumber : Neelofa & PanduanMalaysia


Hanya Kerana Cadar Putih, Saya Sedari Siapa Isteri Saya Sebenarnya Pada Malam Pertama. Sahabat Durjana !

'Saya kenali isteri 3 tahun lepas. Hubungan kami sangat rapat. Kami dibesarkan dari golongan keluarga yang kuat pegangan agamanya. Sehari sebelum kami dinikahkan, ada sahabat yang lebih 'mengenali' isteri saya menasihatkan agar saya menggunakan cadar putih di kamar/bilik malam pertama kami nanti...'

Beberapa jam selepas selesai kami bersama, isteri menangis teresak2 dan mula menceritakan hal yang sebenar. Sahabat yang saya sangkakan 'sahabat selamanya' itu adalah manusia paling durjana pernah saya jumpa !
Bismillahirrahmanirrahim…saya harap sangat post saya ni admin akan post dekat page kisah benar,sebab saya nak share pengalaman yang saya sendiri lalui..Saya baru 4 bulan berkahwin dengan suami saya,dan saya masih belajar di ipta terkemuka di malaysia .ceritanya begini,saya mempunyai masa silam yg sangat dahsyat yang tak mampu dibayangkan,saya telah berzina dan membuat maksiat..sebelum saya kenal dengan suami saya ,setahun saya mendiamkan diri dan berubah dan pade ketika itu,pergantungan saya hanya pada Allah…

saya lupakan dumia,saya kejar cita2…dan saya pernah berdoa "ya Allah ,kalau aku diberi peluang untuk mengenali lelaki lagi,kau kenalkan aku dengan jodohku ya Allah ,aku tak sanggup bercinta dan mmbuang masa,aku pilih jalan Mu dan aku bertaubat ya Allah…sebulan selepas aku berdoa sebegitu aku diperlenalkan dengan seorang lelaki yg kini suami ku..subhanllah..wallahi..dia alim sangat dan langsung tidak pernah menyentuh aku dan sangat menghormati ku sebagai wanita,kami tidak keluar bersama,langsung tidak bercinta,

beberapa bula setelah kenal,dye datang berjumpa abah dan terus masuk meminang..sebelum bertunang,aku jujur dengan dye aku sudah terlanj uur dan aku cerita segala kisah silam aku bukan niat membuka aib tapi aku cuba berterus terang sebab aku taknak satu hari namti bile kami bersama lepas nikah,dyedapat tahu dan dye akan tertekan lalu menceraikan ku..jadi,aku ambil langkah selamat dengan memberitahu dlu,untuk tidak mengkhianati bakal imamku…selepas diberitahu,dye terperanjat dan wallahi,dye tak samgka aku yang bertudung labuh kini mempunyai kisah silam sangat dahsyat dulu…

selepas memberi dye mase dalam 2 bulan menyepi ,selepas istikharah yang buat kesekian kali,dye hantar rombongam merisik daripade keluarga dan 3 bulan selepas itu kami bertunang dan 3 bulan selepas tunang kami bernikah…dye terima aku..wallahi dye kate dye ingin selamtkan aku…seperti ape yg dikatakan tunang ini…dye kate itu cume kisah silam…aku gembira..seperti yang kami rase,suami aku 'one in a million "bukan?ya ,betul…tapi ..jgn sangka ,kite pendosa tisak diuji allah..bukan senang taubat kite diterima,selepas sebulan berkahwin…tiade angin tiade ribut,dye ungkit aku siapa…

Allah,sakitnya …demi Allah…aku taat,patuh pada Allah dan suami ku…minta maaf setiap hari,tapi dugaan Allah melebihi segalanya,dye sentiase ungkit aku perempuan kotor,ramai lelaki dah sentuh,jijik dengan aku sampai dye tak sanggup nak sentuh aku..kami yang konon nya ingin bercinta selepas nikah,lentap begitu sahaja…kini,aku masih begini..berbekalkan kekuatan daripada kisah silam aku yg tauk sanggup aku ceritakan..aku masih di sini…belajar,aku isteri,aku anak dan aku juga bakal ibu kepada anak yang berada dalam kandungan ku (5 minggu)..doakan lahh aku diberi kekuatan untuk mengaharungi dunia…

aku tidak berniat untuk mengaibkan suami..cuma,aku ingin bercerita,kepada lelaki yang menerima wanita yg terlajur,terimalah sebenar benarnye..jangan separuh jalan..dan buat wanita yang dikasihi,jagalah diri anda sebaik-baiknya kerana…sekali anda terjerumus ke kancah zina,Allah akan turunkan balasan cash di dunia…bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat…Menerima wanita sebegini bukan sesuatu yang mudahh..aku faham tindakan suamiku dan aku redha..buat encik tunang,yang menerima bakal isterimu,tahniah…teruskan usaha anda..ingat ,ini TIDAK MUDAH.

Sumber


Inilah Ranking Terbaru Pasukan JDT Yang Mengejutkan Penyokong Chelsea & AC Milan !

Tahniah JDT kerana mengharumkan nama Malaysia.

Ranking JDT setanding kelab Eropah Southampton & Ac Milan. Tidak lama lagi JDT berkemungkinan berada pada Ranking "TOP 100" . Ayuh JDT !

Sumber: IFFHS(International Federation Football History and Statistic).


Kronologi Dan Punca Kemaluan Gadis 18 Tahun Disumbat Tangkai Cangkul Sampai Mati

Petugas kepolisian akhirnya mendapati maklumat di luar jangkaan pembunuh Enno Parinah (18) alias Indah, yang kelaminnya dimasukkan tangkai cangkul di Kosambi, Kabupaten Tangerang saat berada di dalam rumahnya.

Sebelumnya Mayat mangsa ditemukan oleh tiga rakannya yang merupakan pekerja polyta clobal mandiri sekitar jam 9 pagi,kemudia Hal itu di laporkan kepada pihak polis teluk naga.

Difahamkan pelaku pembunuhan itu melibatkan tiga orang lelaki,dan seorang pelaku berumur 15 tahun yang merupakan kekasih mangsa warga setempat bejaya di tahan setelah ditemui bercakan darah di biliknya,Mana kala dua lagi masih dalam buronan polis negara ini.
Kronologi kejadian:diceritakan suspek sendiri
RAHMAD

Dipahamkan suspek diketahui bernama Rahmat Alim seorang pelajar yang masih berusia 15 tahun, warga Gang Musala Mustaddin, Desa Jatimulya, Kecamatan Kosambi, Kabupaten Tangerang, Banten.

Mangsa dengan suspek baru kenal kurang lebih satu bulan. Kemudian pada malam kejadian, Kamis (12/5) sekitar pukul 23.30 , suspek dan mangsa berjanji untuk bertemu di bilik korban yakni di mess PT Polita Global Sdn.

Setelah bertemu, keduanya pun bercumbu. Namun, saat Rahmat ingin menyetubuhi korban, ajakan tersebut ditolak oleh mangsa. Mendengar itu, Rahmat kesal, kemudian dia keluar dari bilik mangsa.
Ketika keluar bilik, Rahmat bertemu dengan dua orang lelaki, yang Yang tidak dikenalinya.

Rahmat mengaku ditanya kedua lelaki itu apakah dia teman lelaki mangsa atau tidak?.
Kemudian Rahmat menjawabnya. “Bukan bang, saya bukan teman lelakinya,” kata Rahmat.
Menurut Rahmat, tiba-tiba saat itu Rahmat diajak kedua orang tersebut ke dalam bilik mangsa. “untuk memastikan kebenaran,” kata Rahmat.

Selanjutnya, begitu masuk, kedua lelaki itu terus mendakap wajah mangsa dengan menggunakan bantal dan menyuruh Rahmat mencari pisau di dapur.

Kerana di dapur tidak ada pisau, kemudian Rahmat keluar bilik dengan maksud mencari benda lain selain pisau. akan tetapi dia melihat cangkul yang berada tidak jauh dari bilik mangsa.

Kemudian Rahmat mengambil cangkul tersebut dan kembali lagi ke bilik mangsa. Pada masa itu.
kata Rahmat, sampai di dalam bilik dengan membawa cangkul, dia melihat seorang lelaki tadi masih mendakap wajah korban dengan menggunakan bantal,manakala orang memegang kaki mangsa.

Seterusnya meraka menyuruh Rahmat untuk memukulkan cangkul tersebut kepada mangsa, dan dirinya menuruti perintah untuk memukulkan cangkul tersebut kepada mangsa dan mengenai bahagian wajah mangsa.

Rahmat sempat keluar bilik kerana mengaku jijik melihat keadaan mangsa berlumuran darah. Namun Rahmat kembali masuk untuk memastikan mangsa sudah meninggal dunia atau belum.
Melihat mangsa masih bernafas. Rahmat yang masih kesal dengan perlakuan korban yang menolak diajak berhubungan badan, langsung menggigit payudara mangsa sebelah kiri hingga hingga putingnya tercabut.

Setelah korban tidak berdaya, kemudian seorang dari pada lelaki tadi menyuruh Rahmat untuk memegang kaki korban sebelah kanan dan membukanya. Setelah kedudukan korban mengangkang, selanjutnya mereka menancapkan tangkai cangkul tersebut ke kemaluan mangsa sehingga mangsa meninggal dunia. Kemudian, Rahmat mengambil telefon bimbit milik mangsa.



Isteri Syaitan! Sering Bawa Phone ke Tandas. Kantoi Melakukan Video Call Tanpa Seurat Benang Dengan Skandal.!

Isteri curang lebih banyak mengundang penceraian berbanding suami curang

Kes penceraian yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa.

Kali ini ingin admin pautkan fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.

Kisah benar isteri curang – wajib baca!!!

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

Kisah ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Sebelum ini, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. Kini, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal atas katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

Suatu hari, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

Petang itu saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat asar dan maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

Hati saya hancur luluh pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam cd menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil cd dan saya pasangkannya di vcd player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan mak usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran allah yang sebenar.

Kesimpulan

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

Warga prihatin ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam islam ada poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita berkeliaran, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can i have #se’x with you, i have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.


Monday, May 9, 2016

Kisah di Sebalik Gadis Nyaris di Rogol di Tandas Petronas Rawang Yang Wajar Wanita di Malaysia Ambil Tahu

RAWANG – Seorang ibu kepada dua orang anak nyaris menjadi mangsa rogol di tandas sebuah stesen minyak, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam di Stesen Minyak Petronas Bandar Baru Rawang itu, mangsa berusia 30 tahun itu ditolak oleh seorang lelaki ketika mahu keluar dari tandas.

“Ketika itu ada dua perempuan yang lain turut berada di dalam tandas. Semasa saya berada dalam tandas, saya terdengar ada orang masuk. Apabila saya mahu keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki berbangsa India telah berada di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.

“Dia terus menolak dan menarik saya masuk ke dalam tandas. Saya telah bergelut dan ditarik sehingga ke pintu utama tandas. Tetapi pada masa itu, lelaki tersebut telah mengunci pintu. Namun selepas mendengar saya menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka pintu dan saya telah berjaya keluar menyelamatakan diri,” katanya.

Ketika kejadian itu berlaku, suami mangsa sedang menunggu di dalam kereta bersama dengan dua orang anak mereka. Mereka difahamkan keluar untuk membeli kek bagi menyambut ulang tahun kelahiran suami dan sekali gus dengan sambutan hari ibu.

Ekoran pergelutan itu, mangsa telah mengalami sakit-sakit badan dan tangan kerana terjatuh semasa bergelut dengan suspek.

Menurut mangsa, suspek terus melarikan diri ke arah deretan kedai di bandar baru.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut sebelum pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut kakak kepada mangsa, Dhiya Srikandi Qalbu, susulan kejadian itu beliau dengan suaminya, dengan abang ipar (suami mangsa) dan seorang anggota polis telah meronda di pekan Rawang untuk mengesan suspek.

“Adik kata, suspek tak ada bau alkohol, mahupun bau peluh tetapi mungkin dalam pengaruh dadah. Kemungkinan suspek telah lama menunggu dalam salah satu dari 3 bilik tandas di stesen berkenaan.

“Adik saya menjerit banyak kali dalam tandas tetapi suara jeritan itu ditenggelamkan oleh bunyi muzik yang dipasang kuat oleh pekerja Petronas.

“Mujur suspek tidak membawa sebarang senjata. Dia cuma kejar adik saya sampai luar pintu, nak tarik masuk balik ke dalam tandas. Namun suspek melarikan diri selepas mendengar adik menjerit sekuat hati,” katanya.

Polis telah menahan 3 lelaki India seperti yang digambarkan dan mangsa dijangka akan membuat proses pengecaman pada pagi ini.


Respon Nana Setelah di Kritik Netizen Kerana Berpakaian Ketat di ABPBH29 Buatkan Anda Terkejut

Akibat mengenakan sehelai gaun ketat, pengacara karpet merah bagi Anugerah Bintang Popular ke-29, Nana Mahazan telah dikritik oleh peminatnya yang merasakan busana itu terlalu ketat buatnya. Penampilan yang dikongsi dilaman sosial itu bagaimanapun mengundang kritikan pedas.
Memetik laporan My News Hub, Nana tampil dengan rekaan busana berwarna hijau yang direka khas oleh Nizam Zamil bagi majlis pembukaan anugerah berprestij itu. memang tak dinafikan pemilihan warna dan rekaan baju ini cukup cantik dan unik namun ia mungkin sedikit ketat.

Kebanyakan mereka mengecam rekaan baju itu yang dilihat sangat ketat untuk dipakai sehingga menampakkan susuk badan Nana. Ada diantara mereka mengatakan, seperti tiada busana cantik lain yang boleh diperagakan oleh Nana sehingga memilih untuk memakai seperti itu.
Semalam, Nana bergandingan bersama pengacara, Hefny Sahad diberi tanggungjawan untuk mengacara majlis karpet merah untuk Anugerah Bintang Popular ke-29 yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). (rkty/w)

Respon Nana Setelah di Kritik Netizen Kerana Berpakaian Ketat di ABPBH29 Buatkan Anda Terkejut


Isteri Hafidz Yang Korang Kritik Cakap Tak Cantik Tu, Bukan Calang-Calang Orangnya..Ko Hado?

Rupa-Rupanya Isteri Hafidz Bukan Calang2! Dia Dedahkan Biodata Lengkap Isterinya Untuk Memenuhi Semua Pihak!
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan-Tuan / Puan-Puan, pihak Media dan semua peminat yang dih0rmati, "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Majlis Pernikahan saya dengan Nurul Shuhada Binti Mat Shukri telah selamat dilangsungkan.

Majlis yang diraikan secara sederhana ini berjalan dengan lancar dan sempurna pada jam 11.00 pagi, 30 April 2016 di Perlis dan telah dihadiri 0leh keluarga dari kedua-dua belah pihak.

Untuk makluman, saya dan Shu telah berkawan lebih dari 3 tahun iaitu sebelum saya menceburi bidang lak0nan lagi. Kami berkenalan semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam. Pada 30 N0vember tahun lepas, kami telah bertunang dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Hafidz juga menjelaskan hubungannya dengan dan Nurul terjalin kira-kira tiga tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

Isteri hafidz Mempunyai ijazah sarjana muda dari Universiti Sains Malaysia....


Sunday, May 8, 2016

Serba Tak Kena, 8 Perkara Pelik Tapi Benar Yang Berlaku di Sekitar ABPBH28 Yang Mungkin Anda Perasan Atau Tidak

Sementara menunggu update mengenai ABPBH29, jom kita layan yang ABPBH2014 punya dulu ya :)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian telahpun melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Shaheizy Sam membawa pulang Anugerah Bintang Paling Popular.

Tapi, antara sedar atau tidak, banyak perkara yang kita sendiri terlepas pandang. Mujur ada Twitter, dapat juga kami recap perkara-perkara pelik yang terjadi di pentas #ABPBH2014.

Tak tahu nak kata lucu, pelik atau jelik. Apa yang pasti, korang mesti speechless punya!

Kritikan Pak Nil Bawa Tuah
Seperti yang kita sedia maklum, Pak Nil sebelum ini pernah mengkritik sistem pengundian #ABPBH yang masih menggunakan surat khabar sebagai medium rasmi.

Boleh tahan pedas juga kritikan Pak Nil. Tapi, siapa sangka, Pak Nil tetap menang bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular tahun ini. Inilah yang dinamakan tuah. Hihi.

Siti Elizad Tetap Berkepit Dengan Engku Ismail Walupun Dah Nak berkahwin
Sejak drama Teman Lelaki Upahan ni meletop-letop di kaca televisyen, kami lihat ramai yang ternanti-nanti kemunculan Engku Ismail dan Siti Elizad disetiap anugerah berprestij.

Walaupun Siti Elizad mengumumkan bakal berkahwin tak lama lagi, ia tetap tak menghalang beliau dari terus berkepit dengan ‘El’ dia tu. Aww~ Romantis!

Sound System Problem Buktikan Cinta Antara Ibu & Anak
Korang perasan tak ketika persembahan Atilia dan ibunya, microphone seperti ada masalah sedikit?

Kami pun pelik kenapa tak ada runner yang nak tukar mic yang rosak tu. Tapi, nampaknya Atilia & ibunya bijak mengawal situasi dengan berkongsi microphone. Cayalah!

Rambut Sherry Al Hadad Persis Kak Limah?
Haipp! Ni bukan kami yang pandai-pandai buat statement tau! Ini orang lain yang kata. Kononnya, rambut Sherry Al Hadad persis Kak Limah. Betul ke?

Lady Didie Dah Macam Kek Bergerak
Tak dinafikan, fesyen pelik Didie Alias sentiasa menarik perhatian ramai. Kami sendiri pun tak jangka yang Didie akan berpakaian ala-ala kek perkahwinan bergerak malam tadi.

Siap ada bunga ros ‘frosting’ atas kepala lagi.

Gaya Tuala Mandi Adira
Sebenarnya, tak adalah pelik sangat fesyen Adira malam tadi. Cuma, turban yang dipakai nampak seperti tuala yang diikat atas kepala selepas mandi.

Ingatkan kami je yang perasan, sekali tengok Twitter ramai yang turut merasakan apa yang kami rasa.

Dayang Nurfaizah Persis Storm X-Man
Pada mulanya, kami tak ada nampak apa yang tak kena pada Dayang Nurfaizah ni. Namun, apabila kami terbaca tweet adik ni, baru kami dapat bayangan watak Storm dalam siri X-Man.

Walaupun tak sama 100 peratus, ada juga irasnya. Tak gitu?

Tunggu Kejutan Hairul Azreen & Hanis Zalikha Bersanding Atas Pentas
Inilah tweet paling win dengan hashtag #ABPBH2014 malam tadi. Agaknya ramai yang rindu moment Hanis dilamar oleh Hairul diatas pentas Gegar Vaganza kelmarin kot.

Kami di OHBULAN! tetap nak merakamkan beribu tahniah buat pemenang. Yang tak menang cuba lagi tahun depan ya!

Sumber asal: ohbulan.com


Bintang Filem Tranformers Ini Dukung Lelaki Dewasa di Sangka Kanak2. Lihat Apa Yang di Lakukan oleh 'Kanak2' Ini Berada Dukungan Beliau.

MICHELLE MONE menerima sejambak bunga daripada seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkanya kanak-kanak. (Gambar kecil) Mone mendukung 'kanak-kanak' terbabit sambil bergambar selfie dengannya. AGENSI

HANOI 8 Mei – Hartawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi detik-detik memalukan apabila mendukung ‘lelaki comel’ berusia 46 tahun yang disangkanya seorang kanak-kanak.

Kejadian itu berlaku ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam satu persidangan usahawan yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di Vietnam.

Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.

Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung ‘kanak-kanak’ itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.

Mone yang digelar ‘Baroness Mone of Mayfair’ hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: “Letakkan lelaki itu. Saya isteri-nya.”

“Ketika saya mendukung ‘kanak-kanak’ itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok,” kata Mone.

Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.

Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : “Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya. Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.”

Video selanjutnya di SINI


Sedih..25 Tahun Lelaki Ini Berpura Pura Menjadi Buta, Demi Untuk Menjaga Hubungan Bersama Isterinya

Ada sepasang suami isteri di mana isterinya adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikit pun. Mereka sangat mencintai antara satu sama lain.

Tidak lama kemudian, si isteri dijangkiti penyakit kulit mengakibatkan kulit mukanya rosak teruk. Pada saat itu, suaminya berada di luar negara. Dalam perjalanan pulang, suaminya kemalangan yang mengakibatkannya menjadi buta.

Dari hari ke hari, isteri yang pada mulanya cantik seperti bibadari berubah menjadi wanita yang sangat hodoh. Namun suaminya tidak dapat melihat. Mereka melalui kehidupan seperti biasa dengan penuh kasih sayang.

Selepas 25 tahun, si isteri meninggal dunia. Si suami sangat sedih sekali. Selesai pengebumian, ada seorang pemuda menegurnya.

"Pakcik buta, bagaimana pakcik mahu pulang sendiri?" soalnya.

"Perlu kamu tahu bahawa selama 25 tahun ini sebenarnya saya tak buta. Saya lakukan semua itu agar tiada air mata dan kesedihan pada isteri. Saya tahu wajahnya sangat menakutkan tetapi itu tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintainya," kata pakcik itu.

Ingatlah bahawa kecantikan hanyalah pinjaman dari Illahi. Cinta kerana Allah, paras rupa tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah agama. Mohon terasa pada orang yang memilih sangat pasangan hidupnya berdasarkan paras rupa. Ingat, Allah kalau nak tarik, sekejap sahaja. - 



Isu Tolak Tajaan RM 30 Juta, Ini Pula Komen Pedas KJ Yang Buat Dato Aliff Terdiam.

Pihak penaja disaran tidak meletakkan syarat di luar kemampuan persatuan bola sepak negeri, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata sebaliknya penaja perlu meletakkan syarat yang mampu dilaksanakan oleh persatuan bola sepak negeri yang akhirnya akan memberi pulangan seimbang kepada kedua-dua pihak.
“Nasihat saya kepada persatuan bola sepak negeri semak terma perjanjian terlebih dahulu agar tidak berat sebelah dan memberikan pulangan adil kepada kedua-dua belah pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Kedah di sini, semalam.

Khairy berkata pihak penaja juga tidak boleh mengaitkan kerajaan negeri berhubung isu penajaan kerana persatuan bola sepak negeri dan kerajaan negeri merupakan entiti berbeza.

Katanya pihak penaja juga tidak perlu meletakkan syarat tambahan selepas perjanjian telah ditandatangani kerana persatuan bola sepak perlu melaksanakan syarat yang telah ditetapkan mengikut perjanjian.

Khairy berkata setiap penajaan adalah amat baik kepada persatuan bola sepak negeri dalam meningkatkan mutu pasukan bola sepak tetapi ia tidak perlu menggadaikan sesuatu demi untuk mendapatkan penajaan.

Beliau berkata penaja juga tidak seharusnya mencampuri urusan persatuan bola sepak negeri dengan memegang jawatan tertentu yang boleh menjejaskan pengurusan sesuatu pasukan.
“Saya tak pernah dengar sebelum ini ada penaja campur tangan dalam hal pengurusan pasukan bola sepak negeri walaupun di kelab bola sepak luar negara,” katanya.

Katanya beliau akan membawa perkara ini pada mesyuarat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu depan bagi membolehkan semua persatuan dan kelab bola sepak berhati-hati dengan syarat penaja agar tidak timbul pelbagai isu pada masa depan.

Mengenai tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak penajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Khairy berkata tindakan KFA adalah tepat selepas persatuan itu tidak dapat memenuhi permintaan daripada penaja.

Pada 4 Mei lepas, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar mengumumkan persatuan itu menolak penajaan syarikat berkenaan yang bernilai RM30 juta bagi tempoh tiga tahun kerana tidak bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan penaja itu. — Bernama via The Malay Mail.


Lihat Reaksi Lelaki Ini, Setelah Tunggu Isteri Untuk Mengandung Selama 17 Tahun Buat Pertama Kalinya

Apabila isterinya saja cuba bergurau dengan suaminya dengan membuat kejutan mengenai berita kehamilan beliau. Dana Griffin-Graves menyuruh suami dia untuk ambil roti dalam oven, namun sebenarnya di sebelah roti tersebut terdapat gambar ultrasound mereka.

Bayangkan 17 tahun sabar menanti ketibaan anak pertama, akhirnya di kurnia juga.


Saturday, May 7, 2016

5 Bukti Bella di Bayar Syarikat Produk Slimming, Ianya Adalah Marketing Strategi Sahaja. Lihat Bukti #2..Kantoi !

Name Bella Nabilla tiba-tiba menjadi sebutan hangat seluruh Malaysia apabila beliau memuatnaik video menunjukkannya telah membuat satu laporan polis kerana tidak berpuashati kepada seller yang menjual produk slimming tapi tidak panas.

Video tersebut menjadi viral dan Bella telah menerima kecaman hebat kerana dalam video tersebut juga Bella telah mengkritik peniaga Melayu dan kesal dengan tindakannya yang membeli barang produk Melayu.

Hari ini, Bella sekali lagi tampil dengan video terbaru yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas kata-katanya dalam video terdahulu.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa video pertama yang dimuatnaik oleh Bella adalah "Marketing Strategi" semata-mata. Dari awal menonton video itu lagi, Oh! Media sudah perasan ada sesuatu yang tidak kena.

Video tersebut seolah-olah telah dirancang oleh produk slimming tersebut dengan baik untuk menjadikannya viral. Nah, ini bukti bahawa rakyat Malaysia sebenarnya kena game dengan Bella dan produk slimming tersebut.

1. Lakonan Permohonan Maaf

Tanpa menunggu lama, sebelum isu tersebut basi. Bella segera memuatnaik video permohonan maafnya. Mungkin ramai yang perasaan bahawa video permohonan maaf Bella tu seolah-olah telah dirancang dengan baik.

2. Berulang-ulang Kali Sebut Nama Produk

Dalam video pertama Bella ada sebut nama produk. Masih boleh diterima akal. Tapi dalam video permohonan maafnya, Bella menyebut nama produk tersebut berulang-ulang kali. Secara simplenya, Bella sebenarnya nak bagi awareness tentang kewujudan produk ni dipasaran.

3. Sebenarnya Nak Bagitahu Produk Slimming Tu Bagus dan Tak Panas Macam Produk Slimming Lain
Secara logiknya, semua orang tahu bahawa produk slimming yang jenis sapu pada bahagian badan akan berasa panas. Itu lah point sebenar yang nak disampaikan oleh Bella bahawa, produk slimming tu tak panas. Ini sebenarnya teknik unique selling point (USP).

4. Sengaja Bangkitkan Kemarahan Orang Ramai Dengan Mengutuk Produk Melayu
Untuk menjadikan video tu lebih viral dan hangat diperkatakan, Bella turut mengkritik produk Melayu dan menyatakan kekesalannya menyokong produk Melayu. Dengan itu, lebih ramai yang menghentamnya lebih viral video tersebut. Sampaikan Ayahanda Rani Kulub pun dah bersuara.

5. Gagal Pada Video Pertama
Sebenarnya jika anda dapat perhatikan, dari video pertama lagi Bella gagal menyebut nama produk dengan jelas dan lancar.

OHMEDIA: PENGUSAHA PRODUK TOLONG LAH JANGAN BUAT CARA MARKETING BODOH NI.