Sedang trending di Indonesia, ramai gadis cetek akal sanggup mencium ketiak teman lelakinya semata-mata ingin membuktikan cinta sejati tanpa sempadan dan tergamak melakukan apa sahaja untuk kekal bersama selamanya.
Remaja di republik terbesar rantau Asia tenggara tersebut gigih melakukan adegan tersebut dan mereka dilihat seperti berebut untuk melakukannya demi mencapai ‘relationship goal‘ yang diidamkan.
Trend ini adalah kesinambungan daripada kegilaan sebelum ini iaitu bertukar-tukar gaya dan pakaian bersama-sama pasangan masing-masing.


Bayangkan jika mereka putus cinta dan berkahwin dengan orang lain, apa akan terjadi jika gambar-gambar tersebut muncul kembali untuk menghantui mereka? Dan mungkin menjadi tatapan anak mereka?

Dalam uji kaji tersebut, bau semula jadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu ialah bau peluh lelaki.
Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil.
Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
Masa bercinta, bau ketiak pun wangi. Tunggu nanti apabila sudah kahwin, agak-agak berselera lagi tak nak tadah muka dekat situ? – MYNEWSHUB.CC


0 comments:
Post a Comment