Wednesday, April 27, 2016

Part 2 : Lagi Video Warga Asing Raba Wanita Melayu dalam Tren. Mohon Perhatian Semua !

Video di Bawah :




Selepas 7 Hari Kelahiran Anak Kambing Mirip Wajah Bayi di Johor, Ini Penjelasan dari Pakar

Sejak semalam, tersebar di laman sosial kononnya seekor kambing yang dibela oleh seorang lelaki bernama Pak Berahim yang dikatakan tinggal di Kampung Felda Sungai Mas Blok 8 Kota Tinggi Johor telah melahirkan seekor anak yang mempunyai iras kucing dan seakan-akan manusia.

Gambar viral berkenaan kini mula tersebar luas dan memang dikatakan berlaku di Malaysia berdasarkan kertas akhbar yang dijadikan alas haiwan berkenaan yang bertulisan bahasa Malaysia.

Menurut sumber, anak kambing berkenaan telah dilahirkan pada jam 12 tengahhari Jumaat (22/4) semalam dan mati beberapa minit kemudian.
Bagaimanapun kami pihak Siakapkeli belum dapat memastikan adalah ianya betul-betul terjadi atau pun rekaan, kami tidak menafikan atau mengiyakan. Kalau ada pembaca yang melihat dengan mata sendiri kejadian berkenaan boleh tampil mengesahkan. -Siakapkeli.my

Sumber dari page: Demi Rakyat Johor dan Orang Kota - Tinggi


Wajah Pelakon Sofi Jikan 13 Tahun Lepas Berambut Pendek Buatkan Anda Teruja

Selanjutnya di SINI



Monday, April 18, 2016

Siapa Mahu Kahwini Gadis Syria? Berikut Adalah Syarat Yang Patut Anda Ketahui

Siapa mahu kahwin gadis Syria?

Berkulit putih, bermata hijau itulah rupa paras anak-anak Syria.
Maka tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang tertarik untuk mengambil anak-anak Syria ini untuk dijadikan sebagai anak angkat.

Selain mempunyai sifat simpati terhadap anak-anak comel yatim piatu ini dek kerana peperangan yang melanda negara mereka, menjadi faktor ‎ramai rakyat Malaysia ingin memiliki anak-anak ini untuk dibawa pulang ke Malaysia untuk dipelihara.

Namun, mungkin hasrat tersebut terpaksa dilupakan.


Wanita Dicekup Berkhalwat Terkejut Suami Hadir Bersama Keluarga Sebagai Penjamin

MELAKA: Seorang wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki lain terkejut selepas suaminya turut hadir untuk menjaminnya di pejabat Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), lapor Sinar Harian.

Wanita berkenaan yang berusia 23 tahun yang berasal daripada selatan tanah air itu telah ditahan oleh penguatkuasa Jaim bersama seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di sebuah bilik hotel dalam Operasi Khas mencegah maksiat di sini, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan ini telah ditahan kira-kira jam 2.45 pagi semalam dan pada mulanya lelaki berkenaan menyatakan dia hanya berseorangan di dalam bilik berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan Jaim, Zurul Iman Zakaria melakukan pemeriksaan mendapati seorang wanita dalam keadaan menyorok di bilik hotel berkenaan.

“Pada mulanya, lelaki itu menyatakan mereka sebagai suami isteri tetapi setelah disoal siasat lanjut akhirnya pasangan itu mengaku sebaliknya," katanya.

Rahimin memberitahu, wanita tersebut terkejut selepas keluarganya yang datang sebagai penjamin membawa suaminya sekali bersama.

"Hasil siasatan kedua-dua mereka masih suami isteri, malah dikatakan suami berkenaan turut mengenali lelaki yang ditahan bersama isterinya,” katanya.

Dalam operasi yang bermula bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, tujuh lagi pasangan berusia 19 hingga 53 tahun ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka ditahankan dalam pemeriksaan membabitkan 12 buah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disertai seramai 20 orang anggota Penguat kuasa Jaim.

Katanya, kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Siakapkeli.my


Saturday, April 16, 2016

KJ Sebak Anaknya Keduanya Seorang Autisme

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat mengawal perasaan sedihnya ketika sesi 'kupas buku' yang dibacanya.

Menurutnya buku berjudul Uniquely Human mengingatkan tentang kanak-kanak autisme membuatkan beliau lebih memahami anak keduanya, Timor Abdullah, 8.

"Saya minta maaf saya agak emosi hari ini sebab anak saya sendiri...saya tidak memahami kenapa dia (anaknya) begitu tapi ada pendekatan yang saya cuba fahami melalui buku ini di mana kita perlu faham apa yang dia rasa.
"Jadi, buku ini sangat penting kepada saya selain daripada melihat dari sudut lain bagaimana ibu bapa perlu memahami anak-anak mereka yang istimewa ini di mana anak-anak ini sangat unik," katanya sebak yang menarik perhatian penonton pada majlis perasmian kupas buku itu.

Katanya, buku itu membuka matanya yang sebelum ini tidak dapat melihat di sebalik keistimewaan anaknya itu.

"Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaiman saya memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal," katanya.


Empat Kesemuanya Memeluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Di Bukit Jalil Malam Tadi

FENOMENA penonton memeluk Islam dalam ceramah Dr Zakir Naik kini begitu mengujakan kita. Semalam empat lagi individu memeluk Islam ketika syarahan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Individu pertama mengucapkan kalimah itu ialah seorang lelaki dari Punjab India, Hurender Bal Singh tepat jam 12 tengah malam tadi. Manakala seorang lagi adalah wanita yang merupakan penganut Roman Katolik pada awalnya.

“Saya mahu mengucapkan syahadah,” katanya kepada Zakir sebelum wanita itu dibimbing mengucapkan kalimah tersebut.

Sejurus mengucapkan syahadah pada pukul 12.05 tengah malam, beliau kelihatan berpelukan dengan beberapa orang di sebelahnya dan terus dibawa pergi dari situ.

Individu ketiga mengucapkan pengakuan menyertai Islam ialah seorang wanita pada jam 1.37 pagi. Sejurus selepas itu beliau dibawa pergi oleh penganjur.

Manakala syahadah keempat diucapkan oleh Joel Anak Along pada jam 2.03 pagi. Katanya sebelum ini beliau telah mendalami Islam di Hidayah center.

Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013. Kehadiran pengunjung pada awal malam diuji dengan keadaan hujan lebat.

Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang hadir. Syarahan itu tamat pada jam 2.45 pagi.

Sebelum ini P Ramasamy yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II di facebook mengelarkan Dr Zakir Naik sebagai setan.

“Let us get ‘satan’ Zakir Naik out of this country!” – P. Ramasamy, DAP.

Mungkinkah fenomena ini yang amat ditakuti oleh DAP? Walaubagaimanapun, Dr Zakir tetap meneruskan siri ceramah beliau di negara kita. Beliau dijangka berada di Melaka esok.


Ingat Lagi ‘Wanita’ Jutawan Yang Bernama Safiey Illias? Kini Dia Ambil Keputusan Buang Payudara Kerana..

Masihkah anda ingat ‘wanita’ yang popular dengan jual produk kecantikan yang bernama Safiey Ilias ni? Dah la mengecapi kejayaan dalam usia yang muda, pakai kereta mewah, produk kecantikan laris dan macam-macam lagi lah si Safiey ni dah dapat dalam dunia.

Tapi tahukah anda bahawa sekarang ni Safiey ingin kembali ke jalan yang benar, iaitu jadi jantina asalnya sebagai seorang lelaki. Kenapa dan bagaimana? Ini kisah yang dikongsi dari penulis dakwah jalanan Ali Russia. Semoga Allah memberi rahmat kepada insan yang bernama Safiey ni. Amin.

Buang tetek kerana..

Jadi jutawan muda pada usia 19 tahun..


‘Seorang jutawan muda yang cantik jelita..’

Buat posting ulangan tentang jemaah mak nyah..


Pada satu hari, ada seseorang komen di FB..

Mahu kembali ke fitrah asal, mahu jadi lelaki

‘Allah mengasihi makhluk ciptaan Nya..’

‘Ingin sangat untuk ke Mekah dan Madinah..’


Kerap berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar

Sama-sama berdoa agar Safiey Illias kembali jadi lelaki..

Sumber: Facebook Ali Russia


Friday, April 15, 2016

Maksud Disebalik Nombor 786 Yang Selalu Ada Di Papan Tanda Kedai Mamak (Jom Share)

Ketika mencari beberapa info di Google... saya terbaca artikel ini dalam Blog 'Demi Pena'.. dan penerangannya memang terperinci bersesuaian dgn apa yg telah aku cari selama ini.. aku selalu terlihat tanda '786' ini di paparkan di 'signboard' kedai makan India Muslim.. dan aku pernah terdengar dalam kandungan lirik lagu kumpulan muzik di Malaysia yg bunyinya lebih kurang begini "786 Alhamdulillah syukur".. aku sering tertanya apa maksud 786 dalam Islam..

dan pernah ternampak dalam movie Bollywood yg dilakonkan oleh hero kegemaranku ShahRukh Khan yg di penjara kerana kesalahan mencintai seorang wanita hindu yg di lakonkan oleh Priety Zinta.. dalam penjara tersebut Shah Rukh Khan di panggil dengan nama '786' yg di anggap suci... dan hari ini.. segala persolan mengenai nombor ini telah terbungkai.. terima kasih yg tidak terhingga kepada saudara AlFaisal empunya 'Demi Pena".. semoga segala usaha saudara AlFaisal diberkati Allah SWT dan mendapat keredaanNYA... Amin

*saya menulis artikel ini bukanlah bertujuan menyerang secara peribadi mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan sesuatu bagi menghilangkan kekeliruan dan mengharap keredhaan-Nya. yang baik dari Allah dan yang buruk natijah dari kelemahan saya sebagai hamba-Nya namun tiap satu kejadian itu tetap dari Allah.

Dalam saya melayari forum-forum baru-baru ini, saya tak sangka sehingga hari ini masih ada yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-Rahmani-Rahim). Dalam forum sebuah kumpulan penyanyi remaja yang agak dikenali dewasa ini, penggunaan 786 sebagai penggati Basmalah masih dipertahankan. Kasihan melihat sesetengah mereka yang tidak banyak ilmu agama disuruh rujuk pada sebuah website kumpulan anti hadis mengenai 786. Dengan ini saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan sekadar kemampuan agar tiada dari kita tertipu lagi terutamanya golongan remaja yang dewasa ini mungkin semakin kerap dimomokkan dengan angka tersebut.

Asal-Usul Angka 786

Agak perlu untuk kita lihat dari mana asal-usul angka 786 ini.Nombor 786 ialah jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi, bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah, dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India.[1] Perkara yang sama juga turut dinyatakan dalam sebuah laman web anti-hadis, yang saya rasa tak perlulah saya sertakan URL-nya memandangkan ia sesat lagi menyesatkan.

Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf)

ب (1 kali * 2 = 2)
س (1 kali * 60 = 60)
م (3 kali * 40 = 120)
ا (3 kali * 1 = 3)
ل (4 kali * 30 = 120)
ه (1 kali * 5 = 5)
ر (2 kali * 200 = 400)
ن (1 kali * 50 = 50)
ح (2 kali * 8 = 16)
ي (1 kali * 10 = 10)

Jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786

Menurut laman tersebut juga ada menyatakan, menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa.

(to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers.)

Bid’ah Angka 786 Menggantikan Basmalah.


Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]

Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:

Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. [2]

Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:

dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka. [3]

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر

Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [e.g. Islam], akan ditolak [4]

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:

Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. [5]

Dan berkata Ibnu Mas'ud :

"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Seperti kita kekal maklum Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam tak pernah pun menggantikan kalimah Basmalah dengan apa-apa nombor. Begitu juga generasi salaf. andai ianya baik sudah tentu diperjelaskan penggunaan nombor pengganti kalimah Basmalah. Penjelasan bahawa kalimah tersebut diganti kerana nak memelihara kesuciannya (ditulis di kertas-kertas, disentuh orang bukan Islam etc.) adalah tidak masuk akal kerana kalau benar mengapa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sebagai contoh tauladan kita masih mengutuskan surat mengandungi ayat Quran pada surat baginda buat Heraclius.[2] Tidakkah baginda risau akan ayat Quran yang diutuskan pada bukan Muslim?

"Nombor 786 tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, mereka melakukan dengan cara yang paling jelas, jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat. Sesungguhnya agama amat hebat, dan ia tidak memerlukan cara yang salah ini". [6]

Fatwa negeri Johor Darul Takzim

Keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud Bismillahi Rahmani Rahim menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.

Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan dan penggunaannya serta merta. [7]

Kesimpulan
Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.[Al-Maidah 5:3]

Wallahua’lam

alFaisal

Cyberjaya
22 Ogos 2005
------------------------------------------------------------------------------- 

[1] 2. Dr. Muzammil H. Siddiqi. Can the Number "786" Substitute for the Basmallah? url :http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=78709

[2] Diriwayatkan oleh Saidina Irbadh Bin Sariah (r.a) , sbg mana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam sunannya, Kitab As-Sunnah, Bab Luzum As-Sunnah, Hadis 4596, at-Tirmizi (no. 2676). Disahihkan Ibn Hajr di dalam Takhreej Ahaadeeth Ibn ul-Haajib (1/137).

[3] Diriwayatkan oleh an-Nasaa'ee (1/224) dari Jaabir bin Abdullaah dan disahkan sahih oleh Shaikh ul-Islam Ibn Taymiyyah in Majmu' al-Fatawa (3/58).

[4] Riwayat Muslim 1718, dari hadith A'isyah (r.h).

[5] Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.


[2] Rujuk
surat baginda pada Heraclius dalam Sohih Bukhari, Volume 1, Book 1, Number 6

[6] 1. Shikeh Muhammad Salih Al-Munajjid. The number 786 means 786 and nothing more url :http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=259&dgn=3

[7] Fatwa Negeri Johor Darul Takzim http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=410

Sumber


Suami Dilarang Bunuh Haiwan Ketika Isteri Mengandung. Ini 10 Kes Pelik Yang Berlaku di Malaysia..Mohon Sebarkan

Ketika isteri sedang hamil atau mengandung, sebagai suami yang bijak akan selalu menjaga isterinya. Bermula dari makanan yang dimakan hinggalah cara memperlakukan isterinya. Ramai orang tua-tua yang mengatakan mitos-mitos yang tidak dapat dilakukan dan dapat dilakukan oleh wanita hamil atau suami yang isterinya sedang mengandung.

Salah satu mitos tersebut adalah tidak boleh membunuh haiwan ketika isteri hamil,Karana jika suami membunuh haiwan saat isterinya hamil, maka bayi yang sedang dikandungnya itu akan cacat semasa lahir. Contohnya ketika isterinya sedang hamil, suami membunuh seekor ular, maka kulit anaknya lahir akan bersisik benar-benar seperti ular.

Bahkan suami menebang pokokpun si isteri akan marah karena katanya ada sentuhan batin ke perutnya si bayi bergerak, Benarkah begitu? Sekali lagi Ini cuma mitos, boleh dipercaya atau sebaliknya. Semua tergantung pemikiran kita.

Karana menurut penelitian yang dilakukan oleh para ahli, secara genetik tidak ada hubungannya antara membunuh haiwan dengan kelahiran bayi. Cacat atau tidaknya anak tergantung bagaimana rawatan ibu saat mengandung.

Jika ibu sering makan makanan segera, meminum alkohol dan menghisap rokok, maka kemungkinan besar anak yang dilahirkan pun akan jadi cacat.

Selain itu, semasa ibu tidak mengalami steres akibat ketakutan dengan anak yang dilahirkan, maka kecacatan pada anak pun tidak akan terjadi. Karana semua yang difikirkan dan ditakutkan, kemungkinan besar akan berlaku.

Begitu juga dengan tekanan perasaan seorang isteri yang suaminya membunuh haiwan, semakin tertekan jiwa isterinya maka akan terjadi apa yang ditakutkannya itu.
Membunuh haiwan tanpa alasan yang jelas, memang salah dan berdosa meskipun isteri sedang tidak mengandung. Namun, ketika membunuh haiwan dengan alasan yang jelas seperti akan memakan dagingnya dan disertai niat yang baik, maka semua akan baik-baik saja.

Daging haiwan yang akan dikonsumsi itu pun akan berguna bagi tubuh. Walaupun isterinya sedang hamil. Cacat atau tidaknya anak yang dilahirkan bukan karana haiwan yang dibunuh suami atau ibu hamil, melainkan karena faktor lain. Seperti kelainan gen, pola hidup ibu hamil yang tidak baik atau yang lainnya.

Mitos Membunuh Binatang Saat Isteri Mengandung oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah dot com)

Kami tidak menemui adanya satupun dalil yang melarang para suami untuk membunuh atau menyembelih binatang ketika isterinya hamil.

Beliau juga tidak pernah mengkaitkan antara tindakan membunuh binatang dengan kehamilan isteri. Padahal kita sangat yakin, banyak isteri sahabat yang hamil bertepatang dengan Idul Adha. Andaikan menyembelih binatang boleh berpengaruh buruk pada kandungan, tentu Nabi Muhammad SAW kan mengingatkannya.

Kita punya kaidah, meyakini sesuatu sebagai punca terhadap sesuatu yang lain, padahal tidak memiliki hubungan sebab akibat, baik secara ilmiah maupun syariah maka termasuk perbuatan syirik kecil.

Dalam Hal sebegini, orang yang berkeyakinan, membunuh binatang saat isteri hamil boleh menyebabkan janin cacat, dihadapkan pada dua tantangan:

Pertama, apakah ini terbukti secara ilmiah? Adakah keterangan ahli genetika atau ilmu terkait lainnya yang secara ilmiah menjelaskan hubungan sebegitu?

Jika tidak, kita berpindah pada tantangan kedua, apakah dalil yang shahih, baik dari Alquran maupun hadis yang menjelaskan hal berkenaan?

Jika kedua tentangan ini tidak terpenuhi, bererti mitos itu sama sekali tidak terbukti secara ilmiah, dan meyakininya termasuk syirik kecil.

Dan perlu kita ingat baik-baik, walaupun kesalahan ini termasuk syirik kecil, tapi dosanya sangat besar. karana itu, segera tinggalkan keyakinan ini.

Harlequin Ichthyosis ialah penyakit yang didapat penderita sejak dilahirkan, kelainan genetik menyebabkan penderita mengalami kekeringan yang luar biasa pada kulit, dan masih ditambah dengan mata yang membengkak dan mulut yang melepuh pada ketika lahir.

Dengan keadaan seperti itu memang tidak ramai penderita Harlequin Ichthyosis yang mencapai usia dewasa. Kebanyakan dari mereka meninggal ketika masih bayi lagi - Kisahbenar.com

Selanjutnya 10 Kes Pelik Yang Berlaku ke Atas Bayi Kesan dari Tindakan Si Bapa Semasa Isteri Sedang Sarat Mengandung


Thursday, April 14, 2016

Setelah Sekian Lama, Akhirnya Zurailie Jelaskan Punca Sebenar Mer0g0l & Bunuh Kerani Sekolah..Kejam !

Selepas Sekian Lama, Akhirnya Zurailie DEDAH Punca Sebenar Dia Terpaksa R0g0l & Bunuh Kerani Sekolah
ANGGOTA polis membawa tertuduh ke Mahkamah Majistret Muar. FOTO Syarafiq Abd Samad 

Muar: Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes - HARIAN METRO

Admin: menurut beberapa sumber dari rakan media, suspek disyaki seorang penagih dadah dan mempunyai beberapa kes jenayah sebelum ini.

Tidak mustahil beliau bertindak membunuh mangsa tersebut ketika dibawah pengaruh dadah. Apapun sebab beliau bertindak dengan begitu kejam, admin yakin mesti ada sesuatu sebab disebalik motifpembunuhan ini.

Mungkin dendam? ataupun suspek dah lama berniat merogol mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai?

Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan dari pihak polis dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.
Sumber


Kenali 7 Riak Zaman Moden Di Laman Sosial Yang Buat Orang Menyampah

Pertama :
Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu

Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan caption ‘Alahai anak mama ni bla bla bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm

Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!

Keempat :
Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. ‘Ala jam la jalan’.. ‘Good morning semua’.. ‘Letih la hari ni’.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..

Kelima :
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahh hari-hari shopping habislah duit I’.. atau ‘Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?’… sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?!

Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang’.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak..

Akhir sekali :
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption ‘mukaku tanpa mekap’… ‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla bla bla… dengan harapan adalah orang lain komen.. ‘eh u still nampak comel lah’..’nampak muda dari umur sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

Maka hindarilah dari bersifat riak!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud : 

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.“
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..