Friday, December 18, 2015

Inilah Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015... MENGEJUTKAN!



#‎AnugerahBolasepakKebangsaan2015‬
JDT dominasi senarai pemenang. Safiq Rahim tapau dua.
Keputusan:
Pemain Futsal Lelaki Terbaik 2015: Azrul Hadee Taufiq (FELDA)
Pemain Futsal Wanita Terbaik 2015: Siti Asnidah Zamri (S'GOR)
Pemain Wanita Terbaik 2015: Nurul Azurin Mazlan (SABAH)
Kelab Penyokong Terbaik 2015: Elephant Army (PAHANG)
Pasukan Bolasepak Terbaik 2015: KEDAH
Fair Play 2015: LIONS XII
Penjaring Terbanyak Liga Super 2015: Dramane Traore (PDRM)
Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015: Francis Forkey Doe(NS)
Pemain Muda Harapan 2015: Matthew Davis (PAHANG)
Jurulatih Terbaik 2015: Mario Gomez (JDT)
Pemain Import Terbaik 2015: Luciano Figueroa (JDT)
Penjaga Gol Terbaik 2015: Farizal Marlias (JDT)
Pertahanan Terbaik 2015: Aidil Zafuan Abdul Razak (JDT)
Pemain Tengah Terbaik 2015: Safiq Rahim (JDT)
Penyerang Terbaik 2015: Amri Yahya (JDT)
Pemain Paling Bernilai 2015: Safiq Rahim (JDT)
Anugerah Khas: Johor Darul Takzim


Mengapa Arak Di Haramkan Di Dunia Tetapi Di Halalkan Di Akhirat?



oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi.
Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata:
“Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)
Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan dharuri iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap menghilang lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)
Merujuk kepada arak dan pergaulan bebas, tidak dinafikan bahawa sememangnya manusia mahu hidup dalam kenikmatan dan keseronokan. Bagi seorang mukmin, alam dunia dan alam syurga amat jauh perbezaannya. Sifat hidup di dunia adalah terbatas, terikat dengan hukum syarak, penuh dengan ujian. Kenikmatan yang dikecapi tidak diperolehi dengan senang tetapi memerlukan pengorbanan dan perjuangan.
Arak diharamkan kerana ‘illah atau sifat yang ada padanya iaitu memabukkan. Sifat memabukkan ini relevan dengan penjagaan akal. Mengambil arak bererti menutup kewarasan akal untuk berfikir sehingga diri sendiri dan masyarakat terdedah kepada bahaya dan mudarat. Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak akan menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati. Selain itu, arak menyebabkan ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Di sini berlaku pemborosan dan pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.
Arak yang ada di akhirat lain pula sifatnya yakni tiada sifat memabukkan. Oleh kerana sifatnya yang berbeza di dua alam itu, maka dibenarkan arak di syurga sebagai suatu nikmat bukan minuman yang menyakitkan.
Sementara zina pula, persetubuhan yang tidak berdasarkan kepada aqad perkahwinan yang sah tetapi semata-mata memenuhi hawa nafsu. Ia merosakkan akhlak, meruntuhkan maruah (keperibadian) dan sistem kekeluargaan. Ia menjejaskan kesihatan manusia dan mendedahkannya dengan pelbagai penyakit. Keturunan menjadi celaru sehingga tiada diketahui siapa ayahnya yang sebenar sehingga anak mengalami gangguan emosi dan psikologi.
Oleh sebab itu, Islam mensyraiatkan perkahwinan supaya seseorang itu ada jalan untuk memenuhi tuntutan seksualnya dengan cara yang halal, selamat, suci, beradab dan terhormat. Mencari keseronokan di luar perkahwinan akan menafikan nilai-nilai ketamadunan dan peradaban. Perkahwinan lebih bersifat membina sistem kekeluargaan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.
Bidadari di syurga umpama isteri yang menjadi milik mutlak penghuni, tidak berkongsi dengan sesiapa, tiada yang pernah menjeling kepadanya. Hanya menanti kedatangan orang mukmin. Dia tidak melahirkan anak, tidak mengalami haidh dan segala macam yang dialami oleh manusia. Kenikmatan bersamanya tidak mengakibatkan sebarang risiko. Hal ini berbeza sama sekali dengan pergaulan bebas.
Ringkas kata, pengambilan arak dan pergaulan bebas hanya membawa kepada porak peranda, kekacauan dalam kehidupan manusia baik pada tingkat indivdu mahupun masyarakat.
Sewajarnya, manusia itu mengetahui bahawasanya dia diikat dengan hukum supaya mengetahui bahawa ada kehidupan satu lagi yang lebih utama, lebih kekal (Surah al-Dhuha, Surah al-A’la). Jikalau dunia ini berjalan tanpa ada peraturan dan undang-undang bahkan yang ada undang-undang rimba, kelangsungan hanya untuk orang yang kuat maka hancur dan musnah kebahagiaan manusia.
Di syurga tiada lagi keterikatan dengan hukum kerana, perjalanan hidup di sana atas sifat sejahtera tidak memudaratkan, aman dan penuh kenikmatan.
Allah s.w.t. berfirman:
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا (60) جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا (61) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (62) تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا (63)
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, – (Iaitu) syurga ” ‘Adn ” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami.(Surah Maryam: 60-63)
Kesimpulannya, sebagai seorang muslim, terutamanya yang sering interaksi dengan masyarakat sewajarnya dia mengetahui matlamat pensyariatan hukum atau falsafah di sebalik perintah dan larangan serta hikmat syariah supaya dakwahnya itu lebih berkesan dan menyakinkan.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/


Batalkah Wudhu’ Jika Bersalaman Dengan Orang Kafir?

Batalkah Wudhu
Soalan:
Assalamu ‘Alaikum, ustaz batalkah wudhu apabila bersalaman dengan orang kafir atau musyrik?
Jawapan:
Wa ‘Alaikum Salam wa Rahmatullah wa Barakatuh. Bismillah wal Hamdulillah wash Shalatu was Salamu ‘Ala Rasulillah wa Ba’d:
Batal atau tidaknya wudhu kita setelah bersalaman dengan orang kafir dan musyrik bergantung kepada status tubuh mereka, najis atau suci?
Menurut sebagian salaf, seperti Abbdullah bin ‘Abbas Radhiallahu ‘Anhuma dan Imam Al Hasan Al Basri, juga sebagian kalangan Zhahiriyah, tubuh mereka adalah najis.
Abdullah bin ‘Abbas berpendapat bahwa sesuai zahir ayat: innamal musyrikun najasun – (sesungguhnya orang musyrik itu najis), maka tubuh orang musyrik itu najis sebagaimana najisnya babi dan anjing. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, dari Al Hasan Al Bashri, katanya: “Barang siapa yang bersalaman dengan mereka maka hendaknya berwudhu.” (Lihat Tafsir Ayat Al Ahkam, 1/282)
Ini juga menjadi pendapat kaum zhahiriyah. Berkata Imam Ibnu Katsir Rahimahullah :
وذهب بعض الظاهرية إلى نجاسة أبدانهم.
Dan sebagian Zhahiriyah menajiskan badan mereka. (Tafsir Al Quran Al ‘Azhim, 4/131)
Kami tekankan, yang benar adalah tidak ada yang najis, kecuali yang disebutkan oleh syariat. Oleh kerananya, jika tak ada keterangan yang menyebutkan bahwa tubuh kaum Ahli Kitab adalah najis, maka tubuh mereka adalah suci sebagaimana sucinya tubuh kaum muslimin.
Bahkan, ini juga berlaku bagi kaum musyrikin. Telah menjadi ijma’ –sebagaimana dikatakan Imam An Nawawi, bahwa tubuh mereka adalah suci, yang najis adalah aqidah mereka yang musyrik, bukan tubuhnya.
Tentang ayat yang berbunyi: “Sesungguhnya orang-orang muysrik itu najis.” Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar Rahimahullah :
بِأَنَّ الْمُرَادَ أَنَّهُمْ نَجَسٌ فِي الِاعْتِقَادِ وَالِاسْتِقْذَارِ وَحُجَّتهمْ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى أَبَاحَ نِكَاح نِسَاء أَهْلِ الْكِتَابِ
“Sesungguhnya maksud bahwa mereka najis adalah najis pada aqidahnya dan kotor. Hujjah mereka (majoriti ulama) adalah sesungguhnya Allah Ta’ala membolehkan menikahi wanita ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). “ (Fathul Bari, 1/390)
Jadi, bagaimana mungkin syariat membolehkan menikahi wanita mereka (Ahli Kitab), namun di sisi lain menajiskan tubuh mereka?
Imam An Nawawi Rahimahullah mengatakan :
وَذَكَرَ الْبُخَارِيّ فِي صَحِيحه عَنْ اِبْن عَبَّاس تَعْلِيقًا : الْمُسْلِم لَا يَنْجُس حَيًّا وَلَا مَيِّتًا . هَذَا حُكْم الْمُسْلِم . وَأَمَّا الْكَافِر فَحُكْمه فِي الطَّهَارَة وَالنَّجَاسَة حُكْم الْمُسْلِم هَذَا مَذْهَبنَا وَمَذْهَب الْجَمَاهِير مِنْ السَّلَف وَالْخَلَف . وَأَمَّا قَوْل اللَّه عَزَّ وَجَلَّ : { إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَس } فَالْمُرَاد نَجَاسَة الِاعْتِقَاد وَالِاسْتِقْذَار ، وَلَيْسَ الْمُرَاد أَنَّ أَعْضَاءَهُمْ نَجِسَة كَنَجَاسَةِ الْبَوْل وَالْغَائِط وَنَحْوهمَا . فَإِذَا ثَبَتَتْ طَهَارَة الْآدَمِيّ مُسْلِمًا كَانَ أَوْ كَافِرًا ، فَعِرْقه وَلُعَابه وَدَمْعه طَاهِرَات سَوَاء كَانَ مُحْدِثًا أَوْ جُنُبًا أَوْ حَائِضًا أَوْ نُفَسَاء ، وَهَذَا كُلّه بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ كَمَا قَدَّمْته فِي بَاب الْحَيْض
“Imam Bukhari menyebutkan dalam Sahihnya, dari Ibnu Abbas secara mu’alaq (tidak disebut sanadnya): Seorang muslim tidaklah najis baik hidup dan matinya. Ini adalah hukum untuk seorang muslim. Ada pun orang kafir maka hukum dalam masalah suci dan najisnya adalah sama dengan hukum seorang muslim (yakni suci). Ini adalah mazhab kami dan majoritinya salaf dan khalaf. Ada pun ayat (Sesungguhnya orang musyrik itu najis) maka maksudnya adalah najisnya aqidah yang kotor, bukan maksudnya anggota badannya najis seperti najisnya kencing, kotorannya , dan semisalnya. Jika sudah pasti kesucian manusia baik dia muslim atau kafir, maka peluh, ludah, darah, semuanya suci, sama saja apakah dia sedang berhas, atau junub, atau haid, atau nifas. Semua ini adalah ijma’ kaum muslimin sebagaimana yang telah lalu saya jelaskan dalam Bab Haid.” (Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 2/87. Mawqi’ Ruh Al Islam) selesai
Untuk kaum musyrikin, sebenarnya tidak ada ijma’ dalam sucinya tubuh mereka sebagaimana penjelasan Imam An Nawawi. Dan, sudah kami sebutkan pendapat Abdullah bin Abbas dan Hasan Al Bashri tentang najisnya mereka.
Berkata Imam Ibnu Katsir Rahimahullah :
فالجمهور على أنه ليس بنجس البدن والذات؛ لأن الله تعالى أحل طعام أهل الكتاب
Maka, menurut jumhur (majoriti) bukanlah najis badan dan zatnya, karena Allah Ta’ala menghalalkan makanan Ahli Kitab. (Tafsir Al Quran Al ‘Azhim, 4/131)
Pendapat yang kuat adalah pendapat jumhur bahwa mereka adalah suci, sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Ayat Al Ahkam berikut ini :
الترجيح : الصحيح رأي الجمهور لأن المسلم له أن يتعامل معهم ، وقد كان عليه السلام يشرب من أواني المشركين ، ويصافح غير المسلمين والله أعلم .
Tarjih: yang sahih adalah pendapat jumhur (majoriti) kerana seorang muslim berinteraksi dengan mereka, dahulu Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam minum dari wadah kaum musyrikin, dan bersalaman dengan non muslim. Wallahu A’lam (Ibid)
Alasan lain yang menguatkannya, karena dahulu Jubair bin Muth’im –ketika masih musyrik- pernah bermalam di masjid, bahkan mendengarkan pembacaan Al Quran. (Imam Asy Syafi’i, Al Umm, 1/54). Ini jelas menunjukkan kesuciannya, sebab jika mereka najis tentu mereka tidak akan diterima kehadirannya di masjid.
Berikut dikatakan Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah :
قال ابن إسحاق: وفد على رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وفدُ نصارى نجران بالمدينة، فحدَّثنى محمد بن جعفر بن الزبير، قال: لما قدم وفد نجرانَ على رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، دخلُوا عليه مسجدَه بعد صلاة العصر، فحانت صلاتُهم، فقاموا يُصَلُّون فى مسجده، فأراد الناسُ منعهم، فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “دَعُوهُم” فاسْتَقْبَلُوا المَشْرِقَ، فَصَلَّوا صَلاَتَهُمْ.
Berkata Ibnu Ishaq: Di Madinah, datang delegasi Nasrani Najran kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Ja’far bin Az Zubeir, katanya: ketika ketika delegasi Najran datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, mereka masuk ke dalam masjid setelah salat asar, ketika datang waktu ibadah mereka, mereka bangun untuk mendirikan ibadah mereka di masjid nabi, maka manusia mencegahnya, lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Biarkan mereka.” Lalu mereka menghadap ke Timur, dan melaksanakan ibadah mereka. (Zaadul Ma’ad, 3/629. Cet. 27, 1994M-1415H. Muasasah Ar Risalah, Beirut)
Kisah ini menunjukkan tubuh orang kafir tidak najis, sebab jika mereka najis tentu mereka dilarang oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk masuk ke masjid, sebab masjid harus bersih dari kotoran dan najis.
Maka, pendapat yang lebih rajih tidak batal wudhu setelah bersalaman dengan mereka. Tetapi, jika mau wudhu lagi juga tidak apa-apa, bahkan bisa jadi lebih utama untuk menjaga kehati-hatian dan ketenangan. Wallahu A’lam
Wa Shallallahu ‘Ala Nabiyyina Muhammadin wa ‘Ala Aalihi wa Ashhabihi ajmain.

Sumber: http://www.ustadzfarid.com/


Inilah Nilai Skuad Pulau Pinang 2016... Nak lawan JDT agaknya



PERSATUAN Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) meletakkan sasaran untuk skuad Harimau Kumbang berada dalam kedudukan enam teratas pada saingan Liga Super 2016. Itu kata presidennya, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff.
Bagaimanapun, beliau berkata, ketua jurulatih skuad Harimau Kumbang, Jacksen F Tiago mahu anak didiknya itu berusaha memenangi perlawanan itu sekali gus merangkul piala Liga Super musim depan.
“Matlamat kami pada tahun depan sekurang-kurangnya dapat satu piala iaitu Piala FA, Piala Liga atau Piala Malaysia. Itulah matlamat kami dan dari situ kami bergerak ke depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam FAP, di sini, malam kelmarin.
Pada majlis itu, FAP turut memperkenalkan barisan pemain skuad Harimau Kumbang untuk beraksi pada saingan liga musim depan yang turut disertai tiga pemain import baharu, masing-masing dari Brazil, Australia dan Argentina serta enam pemain dari skuad Harimau Muda.
Nazir Ariff berkata, FAP memperuntukkan sebanyak RM19 juta untuk menguruskan skuad negeri menghadapi saingan Liga Super musim depan.
“Bakinya untuk Piala Presiden, pembangunan bola sepak, pasukan remaja dan liga tempatan, banyak tanggungjawab. Persatuan bola sepak negeri mempunyai banyak tanggungjawab tidak seperti pasukan macam Felda, Sime Darby, kami mempunyai banyak tanggungjawab sosial.
“Kami berharap apabila FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memberi geran, mereka akan mempertimbangkan perkara ini. Tidak boleh beri geran yang sama kepada semua pihak, persatuan negeri mempunyai banyak perbelanjaannya,” katanya.
Ditanya mengenai pasukan mana yang akan memberi saingan kepada skuad Harimau Kumbang, Nazir Ariff berkata, sudah tentu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Felda United dan Kedah.
“Kami masih baru dalam saingan ini. Kami perlu bekerja keras,” katanya.
Mengulas kemasukan enam pemain Harimau Muda dalam barisan pemain Pulau Pinang, beliau berharap mereka dapat mempamerkan teknik baharu dalam pasukan itu memandangkan mempunyai pendedahan yang meluas dan baik. – Bernama


Thursday, December 17, 2015

Akhirnya Azamudin Akil Buka Mulut Punca Berpindah Ke JDT

 

Akhirnya Azamudin Akil Dedah Punca Mengapa beliau berpindah ke JDT... Ini penjelesan beliau.




Wednesday, December 16, 2015

Mulut Remaja Ini di Penuhi Ulat, Lihat Apa Yang Berlaku Selepas Proses 'Pembersihan' dan 'Pembunuhan' di Jalankan ke Atas Mulut Beliau


VIDEO :
( Tunggu sebentar sebelum VIDEO keluar di bawah )



SEBARKAN!! INILAH AMALAN AGAR DOSA ZINA TERAMPUNI...



Zina merupakan salah satu dosa besar yang dapat membawa seseorang kejalan yang sesat, tetapi ada beberapa amalan agar dosa zina terampuni dan bertaubat kepada Allah atas dosa yang telah dilakukan. Apa sajakah amalan yang dapat menghapus dosa zina?

Islam telah mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu menjauhi hal-hal yang dapat menyebabkan dosa zina seperti pacaran, karena zina merupakan perbuatan yang terlarang dan memiliki dosa yang sangat besar. Seseorang yang telah berbuat zina akan rusak seluruh kehormatannya di mata orang lain dan juga di hadapan Allah.



Di era modern ini, zina merupakan perbuatan yang telah banyak dilakukan oleh mayoritas orang karena mereka telah terpengaruh dengan budaya barat yang banyak menyesatkan manusia. Bahkan hal-hal yang dapat memicu terjadinya zina telah lumrah dan umum di lakukan oleh setiap orang di dunia ini seperti pacaran. Tidak hanya orang non-muslim saja yang telah membudayakan perilaku ini, bahkan umat muslim pun kini telah banyak terjerumus dalam perbuatan dosa ini.



Apakah dosa zina diampuni? Allah Maha Pengampun maka setiap hambanya diberi kesempatan untuk senantiasa bertaubat. Jika setiap manusia benar-benar ingin memperbaiki diri dan bertaubat, maka Allah akan mengampuni setiap dosa-dosa hamba-Nya karena Allah Maha Pengampun.

Setiap manusia berkewajiban untuk selalu bertaubat kepada Allah, taubat yang dilakukan harus benar-benar dari dalam hati dan tidak akan melakukan perbuatan dosa yang sama di lain waktu. Ada tiga syarat utama yang harus dipenuhi oleh setiap muslim yang ingin menghapus dosa zina yang telah dilakukannya, yaitu:

1.Taubat

Cara taubat dari zina adalah berhenti dari perbuatan zina. Taubat merupakan satu hal yang wajib dilakukan oleh setiap umat muslim yang telah berbuat dosa. Taubat dapat dilakukan yaitu dengan bersungguh-sungguh dalam hati akan menjauhi hal-hal yang menjurus ke perbuatan zina dan akan menjauhi perbuatan zina. Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh akan berhenti dari perbuatan maksiat yang telah dilakukannya dan tidak akan mengulangi perbuatan maksiat yang telah dilakukannya, bahkan dia akan menjauhi semua perbuatan dosa. Allah akan membukakan pintu maaf bagi orang-orang yang dengan sungguh-sungguh bertaubat kepada-Nya.



2.Menyesal

Tidak hanya berhenti dari perbuatan maksiat, seseorang yang benar-benar ingin menghapus dosanya harus memiliki penyesalan dalam hati karena telah melakukan perbuatan maksiat itu. Seseorang yang telah memiliki penyesalan dalam lubuk hati tidak akan melakukan perbuatan yang sama di lain waktu mendatang.



3.Tidak melakukan kemaksiatan lagi

Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat tidak akan mengulangi perbuatan maksiat yang telah dilakukannya di masa lampau. Dia akan senantiasa membentengi diri dari perbuatan yang menjerumus kepada kemaksiatan sehingga tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama.


Itulah tiga syarat utama agar dosa-dosa kita diampuni oleh Allah, tetapi jika dosa yang telah dilakukan seorang manusia berkaitan dengan hukum uhud maka orang yang telah berdosa itu wajib menerima hukumannya sesuai dengan syariat agama dan juga wajib untuk bertaubat agar dosanya diampuni. Salah satu contoh perbuatan dosa yang berkaitan dengan hukum uhud adalah zina.


Berzina adalah dosa besar, apakah dapat terampuni? Seseorang yang telah menikah tetapi melakukan zina, maka dia wajib menerima hukuman rajam yaitu dilempari batu hingga mati. Tetapi jika seseorang yang telah melakukan zina merupakan seseorang yang belum menikah maka dia wajib dihukum cambuk sebanyak 100 kali. Setelah menerima hukuman sesuai dengan syariat agama maka orang itu wajib bertaubat kepada Allah agar semua dosanya diampuni.


Itulah beberapa informasi seputar beberapa amalan agar dosa zina terampuni dan setiap umat muslim wajib mengetahuinya.

Sumber: pengasahpencil


Inilah 3 Pemain Bintang Yang Meninggalkan Pasukan Kedah


1.) Shakir Ali (cf)
2.) Firdaus Muhd (gk)
3) P. Rajesh (df)
4) Marcote (coach)


Sultan Ini Mahu Melamar Siti Nordiana Untuk Dijadikan Isteri Setelah Menjuarai Gegar Vaganza

 
 
Tahniah Siti Nurdiana artis pilihan beta kerana menjuarai pentas gegar vaganza 2015. Rezeki nana. Sifat lemah-lembut. Merendah diri yg ada pd nana membuat beta tertawan. Kalau beta jadikan nana calon permaisuri beta mesti ramai yg setuju kan.? Yerla si manis dgn si kacak bagai pinang dibelah dua. Dgn ini beta berbesar hari mengistiharkan esok sebagai cuti umum bagi seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus di atas kemenangan nana ini. Selamat bercuti beta ucapkan buat seluruh rakyat Negeri Sembilan. Tahniah sekali lg beta ucapkan buat Siti Nurdiana.
‪#‎GegarVaganza‬
‪#‎SitiNurdiana‬
‪#‎BetaIsBetter‬
#BetaIsBetter



NABIL BONGKAR RAHSIA DIA DEDAHKAN KENAPA DIA SUKA USIK FARADHIYA MEMANG MENGEJUTKAN



Setiap minggu penonton Gegar Vaganza 2 (GV2), pengacara Nabil Ahmad pasti akan mengusik salah seorang peserta wanita, Farahdhiya.

Bagaimanapun kata Nabil, dia hanya mengusik Farahdhiya ketika berada di atas pentas  sahaja.

“Saya hanya menegur Farahdhiya ketika di pentas GV2 sahaja. Kalau di belakang pentas atau rehearsal kami hanya ‘hai-hai’ macam itu sahaja.

“Mungkin di atas pentas saya nampak miang macam nak mengorat Farahdhiya, tetapi itu sebenarnya hanya untuk menceriakan suasana di auditorium Majlis Bandaraya Shas Alam (MBSA) sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Nabil, isterinya Nazirah Ayub tidak pernah cemburu terhadap usikannya kepada Farahdhiya.

“Isteri saya tak pernah marah atau cemburu pun bila saya usik-usik Farahdhiya kerana dia tahu saya sedang bekerja.

“Tetapi ramai juga yang bertanya, betul ke saya dan isteri bergaduh seperti yang dinyatakan Jihan dalam konsert GV setiap minggu. Sebenarnya tidak. Semua yang diucapkan Jihan adalah sebahagian dari lawak-lawak kami supaya penonton tak bosan,”ujarnya.


'Laa, Kereta Najib Rupanya Di Belakang, Memang Taklah Bagi Laluan'



Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.

Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.

Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu:

"Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,"

Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.

Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. - Fadzil Khairi. 

Sumber THEHYPEMEDIA.COM